Sunday, October 4, 2009


Tokoh Guru
Anugerah tokoh Guru diperkenalkan semenjak tahun 1972. Anugerah ini menjadi lambang pengiktirafan kerajaan terhadap pengorbanan, kewibawaan serta sumbangan mereka sepanjang tempoh perkhidmatan. Sehingga tahun lalu, seramai 127 pendidik dan bekas pendidik sudah dianugerahkan pingat tersebut semenjak 1975 berdasarkan kriteria khusus yang ditetapkan. Antara kriteria itu ialah calon mempunyai rekod perkhidmatan cemerlang di bilik darjah, sumbangan cemerlang kepada profesion keguruan dan pendidikan, pembabitan aktif dalam kegiatan luar bilik darjah serta khidmat masyarakat, di samping kecemerlangan dalam bidang lain. Dari segi syarat pemilihan calon Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan pula, mereka hendaklah merupakan warganegara Malaysia yang dilahirkan di negara ini; seboleh-bolehnya dipilih daripada kalangan tokoh yang sudah dianugerahkan gelaran Tokoh Guru pada peringkat negeri; berumur 50 tahun atau lebih, sama ada berkhidmat atau sudah bersara; sedang atau sudah berkhidmat sebagai guru, pengetua, guru besar, pesyarah atau pentadbir dalam perkhidmatan pendidikan. Selain itu, pemilihan calon juga boleh dibuat ke atas tokoh yang sudah meninggal dunia, manakala kesatuan perkhidmatan keguruan pula berpeluang membuat pencalonan pada peringkat negeri dan kebangsaan.
Setakat ini, tahun paling ramai menerima anugerah ialah pada Hari Guru 1977, iaitu seramai tujuh (7) orang. Barisan penerima sulung anugerah berprestij itu ialah:
Zainun Munshi Sulaiman,
Mohd Nor Ahmad,
Ting Pin Sung,
A.V. Perumal dan Tan Chong Bee.
Pada tahun 2008 sebanyak empat Tokoh Guru dipilih iaitu seorang Tokoh Kepimpinan Pengurusan Pendidikan dan tiga orang Tokoh Guru Kebangsaan. Masing-masing menerima sebanyak RM10,000 bersama pingat Tokoh Guru yang telah disampaikan oleh YAB Perdana Menteri pada 16 Mei 2008 sempena sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan yang telah diadakan di Melaka. Rekabentuk Pingat Tokoh Guru. BentukDari bentuk bulat 6 cm dibahagi menjadi 5 pepenjuru. Lima pepenjuru ini melambangkan 5 prinsip Rukun Negara. Bentuk keseluruhan menyerupai bentuk bintang dengan 14 penjuru yang mewakili 14 buah negeri di Malaysia.CorakKerawang adalah merupakan satu corak tradisional dan melambangkan kemalaysiaan. Corak ini juga melambangkan bidang perguruan yang merupakan satu kesenian yang indah murni. WarnaWarna keemasan melambangkan kemurniaan dan kesucian niat serta jasa-jasa guru. Warna ini juga mencerminkan jasa bakti seseorang guru itu adalah seteguh emas.
Penerima Anugerah
Tokoh Guru 2008
En. Abu Bakar Bin Shawkat Ali
En. Krishnasamy a/l Kapaya
Y. Bhg. Dato’ Dr. Hj. Zulkarnain Bin Hj. Abd. Rahman
2007
En. Gerald Lee Liong Ai
Dato Haji Abdul Majid Bin Omar
Dato Haji Muhamad Bin Mustaffa
Tan Sri Datuk Dr Wan Mohd Zahid Bin Mohd Nordin
2006
Pn. Azizah Bt. Haji Md Taib
Y. Bhg. Prof Dr. Hj. Hussein Bin Haji Ahmad
Y. Bhg. Datuk Wira Haji Borhan Bin Md Yaman
Y. Bhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Awang Had Bin Salleh
2005
YM Engku Tik Azizah Bt Engku Malek
Haji Abdul Mana Bin Mohamed Noh
Haji Ramli Bin Haji Ahmad
Teo Huat @ Teo Teck Huat
Haji Ghazali Haji Yusuf
2004
Tn. Hj. Md. Ismail Zam Zam
Cik Alice Wee Siew Eng
En. Krishnasamy Tambusamy
Pn. Hjh. Wan Safinah Hj. Saleh
En. Ali Suhaili
2003
Pn. Sri Aisha Hj. Shamsuddin
Tn. Hj. Sulaiman Mohd. Nawi
Tn. Hj. Hussain Hj. Paris
En. M.P. Rangganathan
En. Ho Thean Sung
2002
Tn. Hj. Abd. Karim Abdullah
Tn. Hj. Khamis Noyo
Tn. Hj. Abd Hamid Hj. Noor Mohamed
Cik Hjh. Nasriah Hj. Maghribi
En. Nagaratnam Pennurengan
2001
Tn. Hj. Mohamed Saat Bongkek
En. Abang Hamdan Jas
Pn. Hjh. Siti Aishah Hj. Ab. Rahman
Tn. Hj. Sulaiman Samad
En. Robert David
2000
Pn. Nik Faizah Mustapha
Tn. Hj. Tawi Yaakub
En. Cheong Yong Kwong
Tn. Hj. Abdul Ghani Wahab
1999
Pn. Molly Chong Nee Gee
En. Mohd. Mokhtar Talib
Pn. Hjh. Rahmah Bt. Hj. Hussain
Tn. Hj. Hambali Abdul Razak
Tn. Hj. Kassim Muhammad
1998
Dato’ Hj. Abd. Rahim Hj. Abd. Majid
Dato’ Dr. Hj. Yahya Ibrahim
Tn. Hj. Mohd. Tahir Hj. Ahmad
Tn. Hj. Mohamed Ali
1997
Dato’ Hj. Jumat Dato’ Hj. Mohd Nor
Dato’ N.S. Selvamany
Tn. Hj. Harun Hj. Hassan
Tn. Aminuddin Muhammad
1996
En. Anthony Lim Peng Hwa
Pn. Hjh. Embun Muhamad Ali
Pn. Irene Syawe Chin Chi
En. Abdul Razak Ismail
1995
Tn. Hj. Jaaman @ Sharman Abu
En. Anthony Reynolds Peter
Tn. Hj. Wan Din Wan Mat
En. Amirbek Amir Husain
1994
Tn. Hj. Wan Samsudin Mohd Yusof
En. Nordin Hj. Mahmood
En. Jikal Gabie
En. Khor Beng Hoe
1993
Dato’ Abdul Aziz Ismail
Tn. Hj. Ibrahim Yaakob
Tn. Hj. Mohd. Saidin
Dato’ Hj. Mohd Taib Omar
1992
Dato’ Hj Ibrahim Sulaiman
Pn. Siti Bidayah Hj. Din
En. Lau Hut Yee
1991
Datuk Hj. Parman Hassan Raji
Dato’ Hj. Abbad Hj. Muhammad
Pn. Dawn Parry
1990
Dato’ Hj. Idris Hj. Tain
Tn. Hj. Abdullah Sani Abu Bakar
En. Michael Graham Parry
1989
En. Mohamed Ali Mohamed
En. Goon Koo Leong
YM Raja Lope Ahmad Raja Mohd Ali
1988
En. Sulaiman Hj. Ebi
Cik Visalacey Mutu
En. Harith Muhammad Liki
1987
Dato’ paduka Syeikh Abdul Mohd. Noor
En. Chang Min Phang Paul
Tn. Hj. Hashim Abdul Rahman
1986
Dato’ Hj. Abdul Aziz Tapa
Pn. Rasammah Naomi Bhupalan-Rajendran
Dato’ Ariffin Md. Nam
1985
En. A. Ali Manjang
En. Ahmad Kotot
Tn. Hj. Idris Hj. Abdul Salam
Tn. Hj. Yasin Saleh
1984
Tn. Hj. Abdul Razak Abdul Hamid
En. Shahrom Husain
Tn. Hj. Muhammad Bujang
Pn. Hjh. Hendon Hj. Din
1983
Datuk Polycrap Sim Sheng Mong
Tn. Hj. Mohd Zain Ayub
En. Ang Kean Kah
1982
Dato’ Hj. Zainal Abidin Ali
Tn. Hj. Abdul Rashid Ahmad
Tn. Hj. Mohd Zain Rashid
1981
Tn. Hj. Mohd. Yusof Badin
Pn. Hjh. Maimunah Abdul Rahman
Tn. Hj. Othman Hj. Ali
1980
Tn. Hj. Omar Othman
Tn. Hj. Mohd Diah Abdul Rahman
Dato’ James Frederick Augustine
1979
Kapt. Dato’ Hj. Mohd Nor Mohammad
Tn. Hj. Muhammad Yusof Ahmad
En. Mohd. Aslie Lutah
1978
En. Ann Moreira
En. Bapoo Mohd. Hashim
Dato’ Hj. Abdul Alif Hj. Md Arshad
En. Guram Singh
En. Mohd Nor Abdul Hamid
En. Waung Yoo Nien
1977
Tn. Hj. Abu Bakar Al Bakir
En. Qua Chiew Kooi
Tn. Hj. Ahmad Abdul Rahman
En. Abu Kassim Yusof
En. Abdul Rahman Md. Akib
En. K. Kannan
Pn. Lily Eberwein
1976
Tn. Hj. Kassim Harun
Tn. Hj. Mohammad Hj. Abdullah
Tn. Hj. Ali Mohd Yunus
En. V. K. Thaillaikannu
En. Tan Chee Meng
1975
Pn. Hjh. Zainun Munshi Sulaiman
En. Mohd. Nor Ahmad
En. Ting Pin Sung
En. A.V. Perumal
En. Tan Chong Bee

Hari Guru
PengenalanTarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.Objektif Hari Guru Malaysia
Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan. Logo Hari Guru
Putih - Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.Perak - Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh. Kuning- Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan. Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.Merah - Menunjukkan keteguhan semangat.Biru- Menunjukkan perpaduan muhibah.- Dari pusat lambang tersebut, muncullah buku yang memberi ilmu pengetahuan dalam segalalapangan bagi kepentingan negara yang aman dan makmur. Di hadapan bukudidapati rekabentuk seorang murid yang sentiasa memerlukan pengajarandan pendidikan daripada guru. Dua reka bentuk di antara murid dan buku,ialah guru perempuan dan lelaki berfikiran sama dalam segala lapangantentang mata pelajaran dan kokurikulum. Mereka sentiasa menggalakkanmurid-murid supaya meninggikan mutu pelajaran dan kegiatan kokurikulummengikut prinsip-prinsip Ruku Negara. Dari bawah didapati satu garisanbulat yang tebal mengandungi slogan "HIDUP BERBAKTI". Ini menjadisebuah tapak yang luas dan kukuh membuktikan perpaduan guru.
Ikrar Hari Guru
Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun NegaraPada setiap masa.

Guru Cemerlang
“Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Guru Cemerlang juga sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan.” - Buku Terma Rujukan konsep Guru CemerlangPengetua, Penolong Pengetua, Guru Besar dan Pegawai Pendidikan. Jawatan-jawatan yang dinyatakan tadi merupakan antara jawatan yang tertinggi dalam bidang perguruan. Kenaikan pangkat dalam bidang perguruan cenderung untuk menjauhkan guru daripada melibatkan diri dalam pengajaran di bilik darjah. Secara tidak langsung, bidang perguruan kehilangan guru-guru yang pakar dan berdedikasi dalam bidang masing-masing apabila mereka dinaikkan pangkat. Menyedari hakikat tersebut, kenaikan pangkat Guru Cemerlang diperkenalkan mulai 1993 sebagai peluang kenaikan pangkat yang lebih baik bagi guru gemilang yang tidak meninggalkan bilik darjah.Objektif kenaikan pangkat Guru Cemerlang
Memberi pengiktirafan kepada guru yang cemerlang dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan masing-masing.
Meningkatkan pencapaian kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Menjadikan Guru Cemerlang role model kepada guru lain.
Meningkatkan motivasi guru.
Meningkatkan kecemerlangan sekolah dengan berkongsi pengalaman dan kemahiran Guru Cemerlang.
Memperluaskan peluang kenaikan pangkat dalam perkhidmatan pelajaran.
Membolehkan guru dinaikkan pangkat tanpa perlu meninggalkan tugas mengajar atau bertukar ke jawatan pentadbiran.
Menyediakan peluang untuk guru naik pangkat ke gred yang lebih tinggi secara laluan laju (fast track), khas Untuk Penyandang (KUP).

Sunday, May 24, 2009

Ambil 50% guru tempatan
Oleh Jessica Jawing
Dengan separuh guru adalah anak tempatan, mereka lebih fokus tanpa berfikir untuk pulang ke kampung halaman
KUCHING: Kesatuan Guru Sarawak (STU) mencadangkan supaya 50 peratus daripada ambilan guru-guru pelatih di setiap negeri adalah anak tempatan.
Presidennya William Ghani Bina berkata, dengan itu mereka akan dapat mengajar dengan sepenuh tumpuan tanpa memikirkan untuk pulang ke kampung halaman.
“Selain itu, ia juga mengurangkan kos perjalanan, misalnya guru-guru yang kampung halamannya jauh untuk pulang pada hujung tahun dan juga berpindah sekolah,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.
Malah kata beliau, anak-anak tempatan lebih memahamai keperluan, kebudayaan, perasaan masyarakat di tempat sendiri.
“Namun untuk tujuan integrasi kita juga mengambil 50 peratus tambahan itu tadi daripada para guru dari negeri-negeri lain,” jelasnya.
Bagi jangka pendek katanya, STU menyarankan agar menggunakan pendekatan dengan memberi tumpuan kepada anak-anak Sarawak dan Sabah dalam permohonan kerjaya sebagai guru.
“Jika dilihat sekarang ini, Sabah dan Sarawak kekurangan guru dan pada tahun lepas dari Sarawak sahaja hanya 152 yang dapat mengisi jawatan ini daripada 6,167 yang memohon,” jelas beliau.
Manakala bagi jumlah permohonan di seluruh negara pula kata Ghani, daripada 108,000 yang memohon hanya 5,000 lebih yang dapat.
“Ini kerana kapasiti pengambilan Institut Pendidikan Guru (IPG) tidak mencukupi, justeru kita memohon kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) agar meningkatkan lagi kapasiti pengambilan ini khasnya di Sarawak,” ujar Ghani.
Beliau menambah, pihaknya turut mencadangkan agar menambah dua lagu IPG di negeri ini iaitu di Sri Aman dan Lawas, misalnya di Lawas yang boleh menghimpunkan para pelatih dari Sabah juga.
Selain itu, STU juga mencadangkan guru sandaran yang tidak terlatih tetapi telah mengajar bertahun lamanya supaya menjalani latihan berasaskan sekolah.
“Guru besar atau pengetua sekolah perlu diberi kuasa untuk melihat guru sandaran yang tidak terlatih yang berminat mengajar dan ingin mengajar menyertai latihan sedemikian,” katanya.
Misalnya kata Ghani, mereka boleh menghadiri kursus atau belajar sepenuh masa pada waktu cuti di IPG dan waktu sekolah dilawat oleh pensyarah daripada IPG yang berdekatan.
“Ia satu cara jangka pendek untuk menampung keperluan guru di Sabah dan Sarawak,” kata Ghani.
Terdahulu dalam ucapanya dalam Majlis Penyampaian Anugerah Insentif Pendidikan STU, Ghani berkata STU menyarankan kepada KPM agar menyediakan satu panduan yang jelas dan terperinci untuk setiap peringkat sekolah.
“Misalnya kerja mendidik di peringkat prasekolah dan sekolah rendah supaya menyediakan mereka jadi pelajar dan mengapa perlu belajar,” katanya.
Di peringkat sekolah menengah pula kata beliau kerja mengajar atau belajar bagi membimbing dan menyediakan mereka supaya memahami dan mengamal pelajaran manakala kerja belajar dan mengkaji di peringkat tingkatan enam, matrikulasi dan universiti.
Ghani yakin pendekatan seperti itu juga menuntut guru-guru diberi latihan khusus untuk menyediakan mereka sesuai dengan proses mendidik, mengajar dan melatih pelajar-pelajar.
“Setiap guru juga seharusnya memiliki pengkhususan khas peringkat diploma dalam bidang-bidang tertentu selain ijazah atau diploma pendidikan.
“STU juga mencadangkan supaya Pendidikan Jasmani Kesihatan ditukar kepada Pendidikan Jasmani Sukan/Olahraga,” ujar beliau.
Ini kerana katanya, kesihatan sudahpun ada dan boleh dipelajari dalam mata pelajaran Sains, Moral dan Sivik dan penekanan kepada sukan dan permainan dalam mata pelajaran akan meningkatkan lagi kemampuan dan minat para pelajar dan boleh melonjakkan mutu sukan negara.
“Selain itu jurulatih khas sukan perlu ada di sekolah untuk lebih menjamin penglibatan pelajar dalam bidang sukan dan olahraga dengan berkesan.
Pendekatan ini membolehkan sekolah menghasilkan olahragawan dan olahragawati bertaraf dunia dalam jangka masa panjang,” kata beliau.
Ia juga selaras dengan sasaran Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran Malaysia untuk memperkasakan sukan.
Turut hadir Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Yong Khoon Seng.
Borneo Post 24 May 2009

Wednesday, December 17, 2008

Rombakan subjek akademik
Oleh Mohamed Farid Nohmfarid@bharian.com.my

Ilmu komunikasi pelajaran berteras kesenian diperkenal di sekolah rendah KUALA LUMPUR: Beberapa mata pelajaran bersifat akademik di sekolah rendah akan digugurkan dan digantikan subjek baru yang memberi penekanan terhadap latihan amali selaras dengan transformasi sistem pendidikan yang akan dilaksanakan mulai 2010. Mata pelajaran baru yang akan diperkenalkan termasuk komunikasi dan subjek berteras kesenian, seperti drama serta tarian.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata kementerian bagaimanapun belum memuktamadkan mata pelajaran yang akan digugurkan kerana kajian mengenainya masih dijalankan. "Ia akan dimuktamadkan tidak lama lagi. Langkah memperkenalkan subjek baru bersifat praktikal ini bertujuan menilai kebolehan pelajar secara lebih menyeluruh serta adil dan bukannya berdasarkan peperiksaan semata-mata. "Ia bagi menyamaratakan peluang antara pelajar bandar dan luar bandar mencapai kecemerlangan lebih seimbang, selain memastikan pelajar seronok mengikuti pembelajaran serta tidak dibebani pelajaran tidak perlu," katanya kepada Berita Harian, semalam.

Saturday, December 6, 2008

PENDIDIKAN DI RUMAH

Pendidikan di rumah
HOMESCHOOLING sepatutnya menyeronokkan dan tidak memberi tekanan kepada anak-anak.
PENDIDIKAN di rumah atau homeschooling merupakan satu kaedah menarik untuk berdampingan dengan anak. Pada masa yang sama, ia membantu membentuk keperibadian anak.
Selain itu, ia juga membolehkan anda merancang pendidikan mereka mengikut peribadi, gaya hidup dan kepercayaan anda.
Mengikuti program homeschooling turut memberi anda dan anak rasa selamat sementara peluang mengenali orang dan meneroka kawasan di sekeliling mereka.
Dengan membolehkan pendidikan anak disesuaikan mengikut faktor-faktor yang disebutkan, anda dan anak boleh membina pembelajaran sepanjang hayat.
Apakah langkah-langkah yang boleh diambil?
* Bersedia
Sedarlah bahawa anda perlu menghabiskan masa untuk anak setiap hari. Selaku penjaga rasmi kepada anak, anda dan suami perlu bertanggungjawab terhadap hala tuju, keperluan dan keterperincian jenis pendidikan yang dipilih. Ini adalah satu tanggungjawab yang tidak boleh diremehkan.
* Gaya pengajaran
Buat penilaian mengapa anda memilih homeschooling. Apakah definisi anda tentang pendidikan yang baik? Bagaimanakah gaya pembelajaran terbaik anak anda? Soalan-soalan ini boleh membantu anda menentukan pendekatan yang perlu diambil untuk mewujudkan suasana pembelajaran terbaik untuk anda dan anak. Antara kaedah homeschooling berbeza termasuk homeschooling klasik, pembelajaran mengikut unit, kaedah Charlotte Mason dan Montessori.
* Rancang kurikulum
Kepelbagaian bahan dan kaedah homeschooling sedia ada mungkin membuatkan ibu bapa pening kepala.
Anda boleh mendapatkan idea menerusi pelbagai sumber seperti perpustakaan atau kedai-kedai buku. Sumber-sumber ini menyediakan maklumat tentang keberkesanan jenis homeschooling, kurikulum dan pengalaman tenaga pengajar. Alternatif lain adalah menggunakan kemudahan Internet.
* Sokongan kumpulan
Anda boleh berkumpul dengan ahli-ahli organisasi atau kumpulan yang menyokong program ini.
* Pastikan kesediaan anak
Terangkan kepada anak tentang apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Homeschooling sepatutnya menyeronokkan dan tidak memberi anak-anak tekanan.
* Berikan masa untuk sesuaikan diri
Anak-anak yang lebih dewasa dan terpaksa meninggalkan sistem pendidikan standard bagi memberi laluan kepada homeschooling memerlukan masa untuk menyesuaikan diri.
* Rancang hari anda
Jika anda memilih untuk mempunyai suasana pendidikan homeschooling yang lebih formal, bersedialah mengumpul bahan-bahan atau buku teks yang diperlukan. Wujudkan sebuah bilik khas untuk mengukuhkan persekitaran pembelajaran.
* Kebun sebagai pendidikan
Pendidikan tidak semestinya sesuatu yang kompleks. Aktiviti seperti berkebun, memasak, menjahit, projek-projek bercirikan sains, mendaki bukit, menyayangi haiwan peliharaan atau membaiki peralatan rumah adalah contoh terbaik.
* Rekodkan setiap hasil kerja anak
Menyimpan hasil kerja anak adalah satu cara untuk menilai proses perkembangan anak.
* Nilai perkembangan anak
Penilaian ke atas perkembangan anak juga bermakna melihat bagaimana proses tersebut memberi kesan kepada ahli keluarga yang lain.

Friday, December 5, 2008

Anak anda mengambil dadah?
MASALAH penagihan merupakan penyakit yang dihadapi oleh semua golongan masyarakat, tidak kira bangsa, kekayaan atau agama. Artikel ini membincangkan kaedah untuk mengenal pasti sama ada anak anda terbabit dalam najis dadah.
Anda duduk sendirian di ruang tamu, melihat masa berlalu begitu sahaja, menunggu dengan resah di depan pintu kerana anak remaja masih tiada di rumah sedangkan jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi.
Akhirnya, selepas dua jam, barulah kelibat anak anda kelihatan, anda berasa marah dan pada masa sama berasa lega. Hati anda berdegup kencang apabila menyedari anak matanya kelihatan membesar dan percakapannya yang tidak teratur. Anda tersentak dan terperanjat apabila menyedari bahawa anak remaja mengambil najis dadah! Apa yang anda ingin lakukan?
Mungkin mimpi ngeri dalam kehidupan ibu bapa apabila mengetahui anak-anak mereka mengambil najis dadah. Pelbagai emosi timbul, sedih, menyesal, malu, tidak percaya, marah dan sengsara. Sebagai ibu bapa, adalah tanggungjawab anda untuk melindungi anak daripada sebarang masalah, tetapi masalah ketagihan dan penggunaan najis dadah sesuatu yang berat dan sukar ditangani.
Presiden Persatuan Ketagihan Ubat Malaysia (AMAM), Dr. Steven Chow menjelaskan sudah tiba masanya untuk bersikap proaktif jika terdapat tanda amaran kemungkinan anak perempuan atau lelaki anda mengambil atau mencuba dadah.
“Jika anda berhadapan dengan penggunaan najis dadah, terdapat peluang baik untuk anda membantu anak. Jangan membuang masa dengan menyembunyikan masalah ini,” tegasnya.
l Ketahui Kedudukan Anda
Fikir mengenai kedudukan anda dalam penggunaan bahan yang mengkhayalkan ini. Anda mungkin pernah mengambil alkohol atau menghisap rokok dan mungkin berasa hipokrit untuk meminta anak anda supaya tidak melakukan perkara yang sama.
Tetapi perlu diingat bahawa jika seorang remaja mengambil alkohol atau dadah lebih awal, mereka lebih berkemungkinan akan menghadapi masalah ketagihan kelak. Sebagai ibu bapa, maklumkan kepada anak bahawa anda tidak mahu mereka menggunakan dadah, dan berikan alasan-alasan yang boleh diterima dan bertanggungjawab. Remaja memerlukan ibu bapa, bukannya lebih kepada seorang kawan.
Ramai ibu bapa yang khuatir anak mereka mempunyai lebih maklumat mengenai dadah berbanding mereka. Luangkan lebih masa untuk mempelajari mengenai dadah yang biasa disalahgunakan kini, kesannya terhadap kesihatan dan kehidupan penagih, serta program rawatan yang terdapat di dalam komuniti anda.
Sebenarnya, anak anda berkemungkinan dipaksa untuk mengambil dadah tanpa mengetahui fakta mengenainya dan anda perlulah bersedia untuk menjawab segala persoalan yang dikemukakan oleh mereka.
l Tunjukkan anda mengambil berat
Sebagai andaian, anak remaja anda mengambil najis dadah atau alkohol, tunggu sehingga anak anda tidak mabuk dan telah sedar sepenuhnya untuk berbincang, daripada berhadapan dengannya dalam kemarahan. Pendekatan awal terhadap anak anda mestilah berasaskan rasa prihatin dan mengambil berat, bukannya membenci.
Jangan nyatakan kepada anak anda bahawa mereka tidak berguna dan memalukan. Ini hanya akan meminggirkan lagi mereka. Anda perlu memaklumkan kepada mereka mengenai perubahan kelakuan yang anda sedari dan mengapa anda berasa bimbang. Gunakanlah perkataan seperti ‘sayang’, ‘prihatin’ atau ‘bimbang’ dan tunjukkan dengan sejelas-jelasnya bahawa anda tidak akan melupakan masalah tersebut sehinggalah ia dapat ditangani.
Jika anak anda marah dan bersikap mempertahankan diri, janganlah terasa hati. Reaksi anak anda bertujuan untuk meminimakan betapa besar masalah tersebut. Jangan lindungi anak anda. Jika dia mengalami masalah, biarkan dia menghadapi kesannya.
l Batasan yang jelas
Tanpa ragu-ragu lagi, beritahu anak anda bahawa anda tidak akan bertoleransi terhadap sebarang penggunaan alkohol dan dadah. Anda perlu mengehadkan keistimewaan untuk keluar pada waktu malam hujung minggu, yang kebanyakannya merupakan waktu mereka berada dalam situasi berkaitan dadah atau alkohol, seperti parti atau perjumpaan bersama rakan.
Anda juga mungkin perlu meminta mereka menggunakan masa terluang untuk menghadiri kelas pendidikan alkohol atau dadah, serta menyertai perjumpaan AA atau sesi terapi kumpulan untuk penagih dadah. Anak anda mungkin cuba menyakinkan ada bahawa dia tidak mempunyai masalah alkohol dan tidak perlu dikawal.
Inilah yang anda inginkan! Anda boleh meminta mereka membuktikan boleh bersih dan menjauhi daripada najis dadah untuk satu tempoh masa yang tertentu. Jika anak anda menghormati dan berjanji memenuhi perjanjian ini, keistimewaannya akan diberikan semula. Jika tidak, anda mungkin perlu memutuskan jenis program rawatan yang terbaik untuknya.
Jangan berhadapan dengan anak anda ketika mereka mabuk atau khayal dengan najis dadah, kerana mereka tidak mungkin memahami perbincangan secara rasional. Jika anda memberi tekanan terhadap perkara ini, anda berkemungkinan akan menyebabkan pertengkaran yang sia-sia dan menyesalinya selepas itu.
Sudah tentu anak anda berkemungkinan tidak akan menghiraukan had yang ditetapkan anda dengan sengaja. Bagaimana jika anak anda mengatakan anda tidak boleh mengawal dan mengarahkannya?
Jika anak anda menolak untuk dikurung atau mematuhi peraturan yang ditetapkan, jangan hiraukan ugutannya. Mungkin bantahannya hanyalah kata-kata dan hanya untuk menunjukkan kemarahan terhadap anda, dan mungkin di dalam hati tetap menghormati kuasa anda.
Tetapi jika anak anda terus melakukan aktiviti haram tersebut sehingga mengakibatkan mereka berani mencuba dan mencabar anda, anda perlu menunjukkan bahawa anda serius dengan terus ke peringkat atau tindakan yang lebih keras .
l Pantau dan teliti perlakuan
Jika anda cuba untuk membantu anak supaya menjauhi dadah, anda perlu memerhati dengan teliti aktiviti-aktiviti mereka. Ini bermakna anda perlu membuat beberapa pengorbanan.
Sebagai permulaan, tetapkan perintah berkurung. Pastikan anda berjaga apabila mereka berada di rumah dan periksa mereka sebelum mereka tidur. Anda akan dapat memerhati sama ada mereka bersih dan tidak khayal. Mungkin mereka tidak suka, tetapi lama-kelamaan mereka akan biasa dengan keadaan ini.
Cuba periksa dengan ibu bapa kepada rakan anak anda untuk mengetahui apa yang mereka ketahui. Tanya bagaimana kelakuan anak mereka di rumah. Jika ibu bapa ini bimbang mengenai kelakuan kawan anak anda, berkumpullah dan buatlah rancangan untuk mengehadkan bagaimana dan di mana anak remaja anda sepatutnya menghabiskan masa mereka.
Yang terakhir, periksa secara rawak untuk mengetahui di mana mereka pada satu-satu masa dan adakah seperti yang mereka maklumkan kepada anda. Ini bermakna memeriksa kereta mereka sama ada ia berada di rumah rakan mereka atau singgah di panggung wayang mahupun restoran bagi memastikan mereka benar-benar berada di sana. Pemantauan ini sesungguhnya akan menjengkelkan anak remaja anda, tetapi anda perlu mengingatkan mereka bahawa prestasi mereka pada masa lalu telah menyebabkan hal ini.
Apabila mereka memperoleh semula kepercayaan anda, anda boleh memberhentikan penyiasatan yang terperinci dan meluas ini. Apabila anda memeriksa keadaan mereka, cuba bertindak dengan bijak dan dengan rasa hormat dan tidak perlu memburukkan dan memalukan mereka. Cuba rapatkan diri dengan anak dengan meningkatkan pergaulan harian dan membiasakan mereka dengan rutin memaklumkan apa yang berlaku kepada anda.
l Ujian dadah
Ujian dadah boleh menjadi berguna jika anda khuatir anak anda menyembunyikan sesuatu daripada anda. Sebagai contoh, anda boleh membuat ujian yang efektif untuk dadah seperti ganja bagi anak yang pernah mencuba atau dikhuatiri kembali menggunakannya.
Apa yang perlu anda lakukan hanyalah menghubungi pihak berwajib dan mengaturkan supaya sampel air kencing anak anda diambil, dan keputusan makmal dalam masa beberapa hari sahaja. Maklumkan kepada anak anda yang langkah tersebut diambil sebagai tindakan sewajarnya untuk membantu mengubah perlakuan mereka (bagi yang menagih).
Jelaskan kepada mereka bahawa pengambilan dadah secara mudahnya akan menjadi satu tabiat dan mudah menjadi ketagih. Malah jika anak anda secara jujur cuba berhenti mengambil dadah, dia mungkin akan gagal beberapa kali dalam usaha untuk berhenti.
Ujian dadah akan menunjukkan situasi sebenar, dan anak anda boleh bertanggungjawab terhadap perbuatan mereka. Jika mereka tidak mahu mengambil ujian dadah, beritahu mereka yang anda akan memberi andaian bahawa mereka menggunakan dadah dan bakal mengambil tindakan bersesuaian.
l Mendapatkan bantuan awal
Jika masalah dadah ini serius, cuba pertimbangkan untuk menggunakan bantuan pihak luar dalam membantu anda dan anak menangani masalah tersebut. Ini merupakan langkah yang sukar diambil bagi kebanyakan ibu bapa, tetapi kadang- kadang anda perlu mendapatkan sokongan daripada pihak lain bagi menentang penyalahgunaan dadah. Dalam beberapa kes, masalah ini mungkin terlampau besar untuk anda hadapi dengan sendiri.
Mengendalikan anak yang merupakan penagih dadah yang serius merupakan situasi yang sangat sukar dan menjadikan rumah anda seperti neraka yang dipenuhi penipuan, mungkir janji, pergaduhan, kebimbangan berterusan dan keganasan tanpa penyelesaian yang jelas. Namun, ketahuilah bahawa terdapat bantuan di luar sana, termasuklah program-program rawatan, kaunseling, kumpulan bantuan persendirian dan agensi penguatkuasaan undang-undang yang boleh meringankan beban anda.
Terdapat ramai lagi ibu bapa lain yang telah berjaya membantu anak mereka dalam situasi serupa. Bukti perubatan kini menunjukkan penagihan dadah merupakan penyakit yang boleh dirawat dan penagih boleh memperoleh kehidupan mereka semula dan meneruskan kehidupan untuk menjadi manusia yang sihat dan bebas pergantungan terhadap dadah .
Seperti juga penyakit-penyakit lain, lebih awal ketagihan dadah dikesan, lebih besar peluang untuk pemulihan dalam jangka masa panjang.

Thursday, December 4, 2008

Ajar Sains, Matematik dalam BM – Rahman
KUCHING 12 Nov. – Tun Abdul Rahman Yaakob berkata kedudukan Bahasa Malaysia (BM) akan terus terpinggir sekiranya subjek Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris (BI).
Bekas Menteri Pelajaran itu yang bertanggungjawab melaksanakan sistem pendidikan yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pada tahun 1970, berkata Bahasa Malaysia patut dikembalikan menjadi bahasa pengantar bagi meningkatkan peranan bahasa tersebut dalam sistem pendidikan negara.
“BM akan dipinggirkan, tak patut jika (pengajaran dalam BI) diteruskan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah pada Wacana Ilmu: Pembangunan Pendidikan Di Sarawak, hari ini.
Abdul Rahman berkata, isu yang membabitkan pendidikan negara perlu diserahkan kepada pakar pendidikan untuk merancang sementara tugas ahli politik adalah menerima segala cadangan sebelum sesuatu dasar pendidikan diperkenal dan dilaksanakan.
Beliau yang juga bekas Ketua Menteri Sarawak dari 1970 hingga 1981 dan Yang Dipertua Negeri Sarawak selama lima tahun bermula 1981, berkata sekiranya sesuatu keputusan berkaitan sistem pendidikan negara dibuat oleh golongan bukan benar-benar pakar dalam bidang tersebut, ia mungkin gagal mencapai objektif yang dikehendaki.
Semasa ceramahnya yang dianjurkan Institut Aminudin Baki, Abdul Rahman berkata, tindakan menggunakan BI merupakan tindakan mundur ke belakang dan bukan ke depan.

STU MEMBERS:

TUN MAHATHIR SAID ENGLISH SHOULD BE USED IN PPSMI, TUN RAHMAN PREFERED BM

SO BOTHERS AND SISTERS, ANY COMMENTS?

AJAR SUBJEK TEKNIK, VOKASIONAL DR TING. 1

Ajar subjek Teknik, Vokasional dari Ting. 1
Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
PORT DICKSON 25 Nov. - Mata pelajaran Teknik dan Vokasional akan diajar bermula daripada tingkatan satu hingga tingkatan lima di sekolah menengah teknik di seluruh negara menjelang 2010.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail berkata, sebelum ini, mata pelajaran berkenaan hanya diajar kepada pelajar tingkatan empat dan lima di sekolah aliran tersebut.
Menurut beliau, langkah memperkenalkan mata pelajaran itu di peringkat awal lagi adalah untuk membolehkan para pelajar menyalurkan kreativiti selain menanamkan minat terhadap bidang yang mereka ingin ceburi.
''Kementerian kini bersiap sedia untuk memperlengkapkan tenaga pengajar selain meningkatkan lagi beberapa infrastruktur asas bagi melaksanakan program teknik dan vokasional,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Perasmian Konvensyen Kebangsaan Guru-Guru Vokasional dan Kemahiran 2008 di sini malam tadi.
Katanya lagi, menjelang tahun depan, pihaknya berharap segala keperluan pelajar dapat disediakan dengan teratur kerana ia merupakan satu agenda di bawah Transformasi Pendidikan Teknik dan Vokasional di Kementerian Pelajaran.
''Kesemua guru yang terlibat akan diberi latihan berasaskan kecekapan. Setakat ini, seramai 300 guru telah mengikutinya dan ia akan diperluaskan bukan sahaja melibatkan tenaga pengajar di sekolah teknik, malah meliputi guru-guru di sekolah teknik harian,'' jelas beliau.
Selaras dengan pelaksanaan itu, Razali memberitahu, pembelajaran dalam kedua-dua bidang berkenaan juga akan dilanjutkan bagi program matrikulasi atau diploma sebagai satu langkah bagi membolehkan para pelajar melanjutkan pelajaran mereka pada tahap tertinggi.
Beliau berkata, langkah berkenaan secara tidak langsung dapat mengurangkan masalah disiplin di kalangan pelajar memandangkan ia memenuhi kehendak mereka yang lebih cenderung ke arah bidang-bidang kemahiran serta praktikal.
''Aktiviti-aktiviti seperti ini sekurang-kurangnya dapat memberikan satu kepuasan kepada mereka yang lebih berminat ke arah bidang-bidang seumpama itu,'' katanya.
Ilmu terhad jika tidak dalami bahasa Inggeris - Dr. M
KUALA LUMPUR 25 Nov. - Rakyat Malaysia dikhuatiri hanya akan menerima ilmu yang terhad jika tidak mempelajari bahasa Inggeris yang kini menjadi bahasa ilmu di seluruh dunia, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Katanya, keadaan yang sama akan berlaku jika pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tidak diteruskan di kalangan pelajar sekolah di negara ini.
Beliau berkata, sumber-sumber mengenai sains dan matematik dalam bahasa Inggeris terhasil begitu pantas dan masyarakat tidak mempunyai pilihan selain menggunakan bahasa itu untuk mendapatkan ilmu berkaitan kedua-dua bidang itu.
"Hari ini penyelidikan dan kertas kajian dalam bidang-bidang itu dihasilkan dengan begitu pantas dan kita sudah tiada masa untuk menterjemahkannya kalau tidak kita akan ketinggalan.
"Satu pilihan untuk kita tidak ditinggalkan adalah menggunakan sumber sedia ada walaupun ia dalam bahasa Inggeris. Oleh itu kita perlu memahirkan diri kita mendalami bahasa itu," katanya.
Beliau berkata demikian pada ucaptama Program Bahasa Inggeris dan Asia: Persidangan Antarabangsa Pertama Bahasa dan Linguistik anjuran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini hari ini.
Dr. Mahathir berkata, memberi penekanan terhadap mendalami bahasa Inggeris tidak bermakna masyarakat terpaksa meminggir atau melupakan bahasa Melayu.
"Apabila kita menerima bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu di negara ini, tidak bermakna kita sebagai rakyat Malaysia tidak lagi patriotik atau hilang kerakyatan kita.
"Adalah tidak adil kepada generasi kita untuk menyekat mereka daripada menuntut bahasa Inggeris apabila kita sendiri sudah berjaya menuntut dan mendalaminya sebelum mereka," katanya.
Bagaimanapun, Dr. Mahathir berkata, beliau tiada kuasa untuk menghalang sekiranya kerajaan mengambil keputusan untuk tidak meneruskan lagi PPSMI.
"Saya nak buat macam mana lagi, saya bukan berkuasa lagi. Saya sudah pertahankan (PPSMI) sebelum ini," katanya.

Tuesday, December 2, 2008

PANDUAN SINGKAT SMS BERBAHASA MELAYU

Panduan Singkatan SMS Berbahasa Melayu[]
Penggunaan bahasa Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang tidak terkawal dan sewenang-wenang oleh pengguna SMS, terutamanya dalam SMS yang disiarkan di layar televisyen telah melahirkan kerisauan kepada ahli bahasa kerana gejala ini boleh memberikan kesan terhadap perkembangan bahasa Melayu.Atas kesedaran tersebut, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengambil inisiatif menganjurkan “Seminar Penyelidikan: Perkembangan dan Pengaruh SMS Terhadap Bahasa Melayu.” Salah satu daripada usul yang dikemukakan dalam seminar tersebut ialah DBP perlu menerbitkan satu panduan penggunaan bahasa atau singkatan SMS yang standard.Sehubungan itu, Bahagian Penyelidikan Bahasa DBP telah diberikan tanggungjawab untuk melaksanakan satu kajian lanjutan terhadap singkatan SMS dan seterusnya menerbitkan risalah Panduan Singkatan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) Bahasa Melayu. Secara keseluruhannya, risalah setebal 35 halaman ini disusun dalam tiga bab utama yang mengandungi huraian tentang sejarah awal penggunaan SMS, cara-cara pembentukan dan penulisan singkatan, serta aspek-aspek semantik dalam singkatan, seperti homograf, sinonim, dan polisemi.Risalah ini diharapkan dapat dijadikan panduan dalam penulisan SMS yang standard terutamanya untuk SMS yang digunakan dalam situasi atau urusan rasmi (se perti untuk menyampaikan maklumat rasmi kepada pihak tertentu, baik kerajaan mahupun swasta). Kepentingan penggunaan SMS dalam situasi rasmi sememangnya tidak boleh dinafikan lagi kerana maklumat dapat disampaikan dengan pantas dalam masa yang sangat singkat. Maklumat itu juga dapat disimpan untuk kegunaan tertentu.Selain itu, risalah ini juga diharapkan dapat dijadikan panduan dalam penapisan bahasa SMS yang akan disiarkan dalam siaran televisyen, seperti melalui paparan mesej gerak perlahan atau mesej rerangkak.Bagi yang berminat untuk mendapat risalah edaran percuma ini, bolehlah berhubung dengan Ketua Bahagian Penyelidikan Bahasa melalui alamat Bahagian Penyelidikan Bahasa, Jabatan Bahasa, Tingkat 24, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, atau emel: selidik@dbp.gov.my.

PPSMI: KE MANAKAH SELEPAS UPSR 2008

Bicara Karyawan: PPSMI: Ke Manakah Selepas UPSR 2008?[Oleh Datuk A Aziz Deraman]
PENULIS tergerak hati untuk menulis tajuk ini setelah membaca satu berita BERNAMA yang memetik kata-kata Tun Abdul Rahman Yaakub pada 12 November 2008 dalam Wacana Ilmu Pembangunan Pendidikan di Sarawak, di Kuching. Menurut beliau, kedudukan Bahasa Malaysia (BM) akan terus terpinggir sekiranya subjek Sains dan Matematik terus diajar dalam Bahasa Inggeris (BI). PandanganTun ini tidak harus dipandang ringan. Pada 13 November pula, sehari selepasnya, keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dikeluarkan dan YB Menteri Pelajaran menegaskan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tidak gagal. Kedua-duanya memerlukan renungan kita bersama.Kenyataan Tun Abdul Rahman sangat menarik perhatian penulis atas beberapa sebab. Pertama, beliau merupakan mantan MenteriPelajaran yangbertanggungjawab melaksanakan sistem pendidikan yang menggunakan Bahasa Melayu pada tahun 1970, yakni suatu penegasan semula dari Penyata Razak, Akta Pelajaran 1961 dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Kedua, pandangan beliau yang amat jelas bahawa sekiranya se suatu keputusan berkaitan sistem pendidikan negara dibuat oleh golongan bukan benar-benar pakar dalam bidang tersebut, ia akan gagal mencapai objektifnya. Tun Abdul Rahman, seorang ahli politik veteran, berpengalaman luas dalam pentadbiran negara, bekas Ketua Menteri Sarawak (1970-1981) dan Yang di-Pertua Negeri Sarawak (1981-1986). Maknanya pandangan beliau itu bukannya datang dari sebarang orang, dan ada keikhlasannya.Sejak dilaksanakan pada tahun 2003 yang lalu, isu PPSMI merupakan isu hangat yang tidak bertepi. Di sana sini ada sahaja pandangan dan pendapat yang menyokong atau membantahnya mengikut alasan masing-masing. Barubaru ini telah berlangsung siri persidangan meja bulat anjuran Kementerian Pelajaran bertempat di Putrajaya sebagai usaha menghimpunkan profesional pendidikan dari luar Kementerian ke arah mencari pendekatan terbaik bagi menyelesaikan isu bahasa Inggeris sebagai pengantarnya. Kenyataan pimpinan sudah kedengaran tetapi satu pe ngumuman keputusan yang tegas belum lagi dibuat, mungkin akan bergantung kepada kajian terhadap keputusan UPSR tahun ini.Isu asal kenapa PPSMI diperkenalkan adalah akibat lemahnya penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar. Pelajar Melayu dan bumiputera khususnya dikatakan tidak berupaya berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Inggeris (BI), lalu dicari jalannya dengan menjadikan BI sebagai alat pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik. Kelemahan BI itu pernah dikaitkan dengan peristiwa seorang di plomat muda di luar negeri yang tidak fasih berbahasa Inggeris dan seorang jurutera yang tidak berupaya menyampaikan satu taklimat projek pembangunan dengan sempurna. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi serta cabaran globalisasi, adalah juga alasan yang menyebabkan keputusan dibuat bagi menukarkan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik daripada bahasa Melayu ke BI. Selain itu ada pula sokongan kuat sekumpulan elit Melayu dan korporat yang berkepentingan, meskipun mereka bukanlah pakar pendidikan sebenar.Pelaksanaan PPSMI pada pendapat tokoh-tokoh bahasa adalah tidak tepat bagi mengatasi kelemahan penguasaan BI kerana ia menunjukkan lain yang luka lain yang dibebat. Penyakit lain ubatnya lain. Mereka mempersoalkan sepatutnya kelemahan BI itu diperbaiki dan dipertingkatkan kaedahnya, sedangkan Sains dan Matematik adalah suatu bidang ilmu. Ilmu hendaklah disampaikan dalam bahasa sendiri, apalagi pada usia kanak-kanak. Apakah sukar sangat subjek berkenaan diperoleh atau diajar melalui bahasa sendiri? Penguasaan ilmu dengan menggunakan BI akan mematikan bahasa negara sebagai bahasa rasmi dan kemajuan masa depan tamadun bangsa. Perkara ini sudah berkali-kali dinyatakan oleh para pejuang dan cendekiawan.Golongan elit tertentu, korporat dan pedagang melihat kepentingan BI dalam zaman globalisasi ini semacam menyamakan penguasaan BI dengan aspek PPSMI. Mereka menyokong dan mempertahankannya tanpa alasan dan manfaat akademik yang kukuh, sedangkan hal pendidikan bukanlah bidang mereka. Para pejuang dan cendekiawan tidak pernah menolak keperluan bangsa kita menguasai BI dengan baik dan cemerlang, lebih-lebih lagi mereka yang berkepentingan dalam komunikasi global.Isu Sains dan Matematik adalah isu memperoleh ilmu. Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik yang dilakukan dalam BI itu boleh membawa mudarat yang berpanjangan. Kajian telah pun dibuat oleh penyelidik tertentu dan institusi berkenaan. Panduan mencari keputusan sudah ada. Penulis sendiri berpengalaman melihat bagaimana sekelompok para pelajar sekolah rendah di luar bandar dan pedalaman, di tahap enam tidak tahu membaca. Penulis semasa berkhidmat di Kementerian Pendidikan (1993-1994) menjelajah ke serata penjuru negara kerana tugas-tugas pembangunan dan bekalan. Di daerah-daerah pedalaman itu mungkin kira-kira 10% hingga 15% pelajar berkenaan tidak tahu membaca, itu pun dalam bahasa Melayu. Sekolah-sekolah di Sabah dan Sarawak masih daif infrastrukturnya, kekurangan bekalan air dan elektrik. Mungkin itu bukan alasan yang tidak diterima, tetapi jurang digital bandarluar bandar akan terus melebar.Kami dari Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) diketuai Datuk A. Rahim Bakar, Pengerusi Lembaga Pengelola ketika itu mengunjungi Tun Dr. Mahathir, pada 14 September 2002 di Putrajaya, mengemukakan pelbagai alasan pendidikan dan kebahasaan membantah dasar yang mahu beliau perkenalkan ini. Delegasi kami selain saya selaku Ketua Pengarah DBP pada masa itu, adalah antaranya Tan Sri Kamarul Ariffin, pakar Sains dan Matematik, Prof. Dr. Shaharir Mohd Zain, Dr. Awang Sariyan, Prof. Dr. Mohd Noor Salleh. Bermacam-macam hujah yang dibentangkan oleh pakarpakar ini dan DBP sebagai institusi kebahasaan, dari aspek kelemahan P&P Bahasa Inggeris, pedagogi, tradisi keilmuan, masa depan peradaban bangsa dan sebagainya. Alasan Tun pada waktu itu adalah kerana perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) berkembang pesat. Kepesatan itu berlaku dalam BI.Seawal 2002, bantahan dan teguran daripada kalangan para pejuang bahasa, pemikir, budayawan, sarjana dan pendidik. Mereka yakin kelemahan penguasaan BI patut diperbaiki melalui aspek pengajaran dan pembelajaran bahasa itu bukan dengan mengorbankan subjek yang begitu penting. Sebenarnya masalah penguasaan Bahasa Inggeris ada kaitannya dengan kaedah pengajaran dan pembelajarannya. Isunya adalah keupayaan mempelajari, menguasai dan menggunakan BI dengan baik. Sesungguhnya tidak ada seorang pun pejuang bahasa menentang pembelajaran Bahasa Inggeris. Bahkan mereka mahukan beberapa bahasa utama dunia ikut diajarkan. Soalnya kaedah. Apakah pembangunan negara dan pembinaan bangsa kita itu mesti diacuankan melalui bahasa asing, sebab bahasalah yang akan mencorakkan kehidupan kebudayaan bangsa pada masa depan.Dalam kes bantahan ini, soal semangat kebangsaan Melayu bukan isu yang ditimbulkan. Juga tidak ada pandangan yang menuduh mereka yang cintai BI itu bermakna kurang semangat nasionalisme. Apa yang dipertahankan oleh para pejuang dan pendidik adalah soal ilmu, betapa berkesannya kalau diajar dalam bahasa sendiri. Manakala kelemahan Bahasa Inggeris sebagaimana yang didakwa itu seharusnya diselesaikan melalui kaedah pengajaran dan pendidikan bahasa, bukan dalam melalui subjek yang lain. Anak-anak Inggeris, Australia, New Zealand atau di Amerika sekalipun, tidak semuanya pandai sains dan matematik walhal diajar dalam bahasa mereka sendiri. Maknanya antara tujuan memperoleh ilmu dengan menguasai bahasa ada perbezaan yang nyata. Bagi pejuang bahasa, jika pun PPSMI tidak gagal sekalipun, mungkin kita akan menemui kegagalan dalam mencorak tamadun bangsa dan tradisi keilmuan dalam bahasa sendiri.Pendidikan memang boleh dikaitkan dengan soal kebangsaan Malaysia atau citra kenegaraan sekira sistemnya berlandaskan peruntukan Perlembagaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Setahu penulis tidak ada seorang pejuang bahasa pun menolak keperluan rakyat Malaysia terutama generasi muda mempelajari dan menguasai Bahasa Inggeris seperti dakwaan sesetengah pihak. Salah persepsi ini telah menjadi fitnah sejak awal abad ini terhadap mereka. Malahan para pejuang bahasa dan budaya menggesa agar anak-anak Malaysia perlu menguasai lebih daripada dua bahasa, sesuai dengan keperluan kita berkomunikasi dengan Asia Barat, Amerika Latin, Eropah dan Asia Timur. Belajar dan kuasailah selain BI, misalnya Bahasa Arab, Sepanyol, Jerman, Mandarin, Rusia mengikut keperluan. Jika kita mahu setaraf dengan bangsabangsa lain, maka kita patut belajar bahasa-bahasa utama dunia tanpa mengorbankan keperluan kita terhadap ilmu. Perancangan, strategi dan pendekatan hendaklah dilakukan secara tradisi ilmu dan mengikut kaedah linguistik. Kefasihan bertutur hanya akan dicapai melalui pembelajaran bahasa, kaedah amali dan cara pengajaran intensif. Jika pedagogi tidak berubah dan penekanan pembelajaran hanya tertumpu kepada keutamaan tata bahasa, maka penguasaan terhadap bahasa apa pun termasuk Bahasa Melayu tidak akan berjaya.Tujuan mempelajari bahasabahasa lain itu penting. Tetapi kaedahnya mestilah betul, ada sistem dan ilmu lingustiknya. Di China, Russia, Jerman, Perancis, Korea, Jepun dan di beberapa negara lain kini, para pelajar mereka ikut mempelajari bermacam bahasa termasuk Bahasa Melayu, tetapi demi untuk ilmu pengajaran dan pembelajaran tetap dijalankan dalam bahasa mereka. Mereka maju dalam acuan sendiri. Pernah sarjana antarabangsa dari pelbagai negara Eropah, Russia dan Asia-Ocenia menggelengkan kepala apabila Kerajaan mahu melaksanakan PPSMI ini. Persitiwa itu terjadi semasa penulis mempengerusikan Sidang Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM) 2002.Bagi sesetengah cendekiawan, jalan yang kita pilih diumpamakan sebagai jalan songsang. Ilmu itu penting, tetapi kenapa pula dipilih bahasa asing mulai di peringkat rendah? Penguasaan bahasa sendiri pun entah ke mana. Kita rugi dalam dua perkara, pertama ilmu yang tidak diperoleh dan kedua, penguasaan bahasa yang kian kecundang, baik bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris. Kalaulah yang dikendung berciciran dan yang dikejar tak dapat, eloklah kita merenungi nya semula. Gagal atau jayanya ukuran UPSR tidak menjawab persoalan kelemahan penguasaan BI, sebaliknya memperagakan hasrat kita seolah-olah kemahuan kita memanglah terhadap BI sebagai alatnya.Apalah ertinya peruntukan dua tiga bilion ringgit yang dihabiskan sebagai kos yang ditanggung sejak tahun 2003 itu, kalau aspirasi pembinaan masa depan peradaban terkorban. Kalaulah kita tersalah bebat di mana tempat menanah, maka bebatlah ia semula. Kalaulah kita telah tersesat jalan, tidak salah pula kita kembali ke pangkal jalan. Penulis mengharapkan kepada Kerajaan agar kita bersama-sama memenuhi harapan sebagaimana disebut sebelum ini bahawa selain daripada kajian ke atas UPSR 2008, sebarang keputusan hala tuju PPSMI tidak dibuat berlandaskan emosi, persepsi andaian ataupun tuntutan pihak tertentu semata-mata tetapi berlandaskan fakta yang me rangkumi semua aspek mengenai pelaksanaan PPSMI itu. Tuntutan cendekiawan, kajian menyeluruh yang sudah ada, pandangan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) gerakan bahasa, tokoh politik, dan suara rakyat akar umbi seharusnya diberikan perhatian utama meskipun bertentangan dengan rancangan PPSMI itu.

Friday, November 21, 2008

ptk quiz and tutorial

Dear brothers and sisters in STU.
Just to share with you.
http://www.teachersrock.net/kuiz.htm

Wednesday, November 19, 2008

Pengajaran dari berita: Man charged with cheating school of five laptops


JOHOR BARU: A 43-year-old man was charged at a Sessions Court here with impersonating an Education Department officer and cheating a vernacular school of five laptops.The accused, Roslan Said, from Kampung Hj Manan, Kluang, was charged with committing the offence on Nov 11 at around 11am at SJK (T) Ladang Kulai Oil Palm in Kelapa Sawit, Kulai.
He allegedly cheated Kalianand Ramasamy, 45, into believing that he was a Kulai Education Department district officer, and knowingly influenced him into handing over five laptops. Roslan was charged under Section 420 of the Penal Code for cheating. He also faced a separate charge under Section 419 of the Penal Code for impersonating an officer from the Education Department in Kulai. Roslan pleaded guilty to both charges and Deputy Public Prosecutor Azreen Yas Mohamad Ramli offered bail at RM15,000.
Kata Pengetua:
Dalam menguruskan harta benda sekolah, kita harus berhati-hati apabila berurusan dengan orang awam. Orang awam boleh datang dengan bertali leher, ada tag nama (yang belum tentu namanya), ada name card dan nampak rasmi. Adalah lebih baik kita mensyaki / bersangka buruk daripada kita kena tipu. Ingat bahawa, harta sekolah adalah kepunyaan sekolah - tidak ada orang lain boleh mengambilnya kecuali dengan izin kita. Jika was-was, sila bertanya / minta pendapat orang kedua seperti GK / PK / saya sendiri.
-- Terima kasih.HJ RAMBLI


Monday, November 10, 2008

Ensuring men in blue won’t be spent force


BY LOURDES CHARLES
The rising crime rate in the country is worrying the public. In an interview with The Star, Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan assured the public that the police have the situation very much under control.
THE country’s population increased by a whopping seven million the past 10 years while the strength of the Royal Malaysian Police Force remained the same at 95,000. Efforts are under way to recruit another 60,000 personnel over the next five years.
Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan, who admitted that the crime rate has gone up, assured the public that the security of the country was very much under control.
Police records show that 209,559 cases were reported last year (772 cases per 100,000 population) and the figure is expected to remain almost the same this year.
“The crime rate has increased here because of social problems as well as the influx of illegals in the country,” Musa said, adding that the crime rate often increased during an economic slowdown.
“This is due to the fact that many people would be jobless and they turn to crime,” he said.
The IGP stressed that one of the main reasons for the rise in crime was the change in attitudes of youths who do not respect the elders to the extent of fighting with their parents, relatives and even more recently with teachers.
Over the past few months, newspapers have been highlighting gangsterism in schools while racial incidents are on the rise.
Musa has often stressed the need to rehabilitate society rather than focus on catching criminals and locking them up.
“It is society that breeds criminals, not the police,” he said.
The IGP said it saddened him when politicians, who represent the welfare and voice of the people, were sometimes the same people who incited hatred and discord among people.
“Some of these politicians cry about human rights but when they encourage people to break the law, they say it is within their rights to do so.
“They hold illegal gatherings and demonstrations which force us to deploy our personnel to maintain peace and order,” he added.
In 1998, during the height of the reformasi demonstrations, the crime index peaked at 772 per 100,000 population, but that year, the population was only 20 million (total cases were 158,808.)
The high crime rate recorded in 2007 can be attributed to the number of demonstrations organised by political parties and NGOs, including the Hindu Rights Action Force and election watchdog Bersih.
“The crime rate has increased in almost every country, including our neighbours, and despite the huge increase in population here we still keep crime at bay due to the increased efforts by our men.
“There are only 95,000 policemen in the country to protect some 27 million Malaysians but people don’t talk about that.
“They keep on harping on the crime rate but never bother to compare the increase in population with our shortage of manpower.”
It is learnt that whenever a demonstration of about 2,000 people is held, the police had to deploy about 300 personnel to guard the situation.
“The number of personnel deployed is equivalent to the total number of policemen in a district,” he said.
“This is where our manpower is wasted. Our studies show that when street demonstrations and elections are held, crimes tend to increase.
“This is due to the fact that most of our men would be deployed to sensitive areas to watch over rallies and ceramah, thus sacrificing the patrolling in areas of high crime rate,” he added.
The police have sent in proposals to the government seeking additional funds to beef up police presence and made several initiatives to safeguard society.
Musa said he had embarked on an intelligence-gathering programme requiring officers from the Special Branch, CID and other departments to work together to combat crimes.
Despite all their setbacks and shortcomings, the police planned to conduct a massive operation throughout the country, especially in crime prone areas.
“The public must cooperate to ensure that their area is crime free. We can achieve better results only if the people work with us,” Musa added.
The police can only do so much and to achieve the desired results, the public, who are the benefactors, must put aside all criticisms and help the men in blue ensure that Malaysia is a crime-free nation

from: http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/11/10/nation/2501582&sec=nation

Kata Pengetua:

Kadar jenayah yang meningkat ini merisaukan masyarakat. Ahli masyarakat amat sukar untuk mengajar / menegur anak orang lain kerana sikap membela ibubapa. Guru memain peranan untuk mendidik anak tersebut dari segi nilai seperti melalui Pendidikan Moral, Pendidikan Agama Islam, melalui penerapan nilai merentasi kurikulum dan penguatkuasaan peraturan seperti yang dikehendaki oleh kementerian. Malangnya, guru tidak mendapat sokongan seperti diharapkan dan ada kala menghampakan apabila tindakan guru disalah ertikan. Akhirnya, kerajaan perlu mengambil peranan menangani masalah jenayah ini demi kesejahteraan rakyat. Akhirnya, kita tidak ke mana ...!

Sunday, November 9, 2008

SLOW LEARNERS NEED HELP

Slow learners need help
By LOH FOON FONG
KUALA LUMPUR: One in every three juvenile delinquent in integrity school in prison or detention centres displays learning difficulties.
There is concern that if these youths are not identified and helped during their schooling years more will end up as criminals.
Hard work: Juveniles in a 3M class in the Kajang Prison. Those in purple uniforms are under remand while those in red are serving their sentence.
Malaysian Prisons Department academic sector head Shamsuddin Mustapha said as of September, 204 or 36.7% of the 556 juvenile delinquents in integrity schools nationwide have been identified with learning difficulties.
“Most of them are categorised as slow learners suffering from mild mental retardation and dyslexia and they fall out of the school system because there is no mechanism to teach them there,” he said, adding that the youngsters tend to drop out and are exposed to negative influences.
Nationwide statistics for 2006 revealed that of 4,798 juvenile delinquents, 1,725 were students.
Shamsuddin said teachers cannot only focus on passing examinations but must help students develop talents, social skills and good attitude.
Shelter Home executive director James Nayagam, who carries out social work among juveniles in prison, said that when a child fares poorly in school, society, including other students and teachers, labels the child “stupid” or “useless”.
“Some were expelled without proper investigation while others dropped out because they did not see a future in studying,” he said, adding that parents and teachers were also unaware of the child’s disorder.
Nayagam said some children also run away from home and are exposed to social ills.
Malaysia needs social workers and psychological analysts, like those in developed countries, to assess children who do not cope in school, he said.
Child and adolescent psychiatrist senior consultant in Kuala Lumpur Dr Toh Chin Lee agrees that early detection and intervention such as special education is vital to keep children with learning disorders away from crime.
Former social welfare assistant director Vijayakumari Pillai, now a member of the Petaling District Juvenile Welfare Committee, said slow learners also come from broken families and deprived environment.
“Children tend to learn faster when there is love and a sense of security,” she said, adding that the committee was training teachers to identify children with disorders.
Kata Pengetua:
Murid yang tercicir daripada sistem persekolahan berpotensi untuk menjadi penjenayah. Penjenayah pula berpotensi untuk menyusahkan kehidupan ahli masyarakat. Selagi masyarakat memberi fokus kepada "A", sekolah akan memenuhi kehendak tersebut. Murid yang lemah dari segi akademik akan ketinggalan / tidak mendapat apa-apa hasil dari sistem dan akhirnya tercicir. Sepatunya sekolah "cannot only focus on passing examinations but must help students develop talents, social skills and good attitude". Kalau perubahan ini hendak dicapai, ianya harus bermula dengan dasar tertentu, program khusus dan petunjuk / signal yang jelas. Sehingga itu, setiap kita akan menanggung bersama apa yang kita buat untuk generasi masa depan kita. Jenayah terus bertambah apabila cawangan-cawangan tertentu yang seharusnya menangani masalah ini sibuk dengan PATI dan penagih dadah (yang terlalu ramai dan makin bertambah).

MUM SEES RED OVER FUNERAL VIDEO CLIP SHOWN IN SCHOOL

Mum sees red over funeral video clip shown in school
By KAREN CHAPMAN and TAN EE LOO
PETALING JAYA: A parent has lodged a police report against a school for allegedly showing an inappropriate video clip to Muslim pupils.
Intan Sabrina Mohamad said her eight-year-old son was terrified on Thursday after watching the 20-minute video clip that had explicit images of a corpse.
She said her son’s religious teacher had allegedly inflicted fear in the pupils by telling them, “you need to pray or this will happen to you.”
“My son said he’s seen hell and cried when I tried to put him to bed on Thursday night,” said the boy’s father Michael O’Leary.
O’Leary said the video clip should have been scrutinised by child psychologists to evaluate its impact before being shown in school.
The video clip allegedly shows scenes of funeral services and a corpse wrapped in white cloth with effects of thunder and lightning.
It had the words Sajak Kematian (Poem of death) at the bottom of the clip.
Intan Sabrina, a rehabilitation physician, said her son told her some pupils cried after watching the video.
The mother of two said a parent-teacher association meeting would be held tomorrow to look into the matter.
She lodged a police report at the Damansara Police Station on Friday morning.
According to the police report, a religious teacher had said he did not have to submit the video for scrutiny.
It is learnt he refused to withdraw the video which was shown during an extra-curriculum religious education programme.
Education Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein has instructed his officers to get to the bottom of the matter.
“If it is true, it is crazy,” he said when contacted.
Ministry director-general Datuk Alimuddin Mohd Dom said officers would visit the school next week and asked parents to write to him so he could investigate the matter.
Meanwhile, Malaysian Exami–nations Syndicate director Datuk Dr Salbiah Ismail clarified the Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) examination will be from Tuesday to Dec 5 and not from Wednesday as was earlier reported.
Kata Pengetua:
Sebagai guru, kita perlu ingat bahawa kita mendidik anak orang (walaupun negara menganggap anak itu sebagai sumber negara yang perlu dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai masa depan). Kita juga perlu akur dengan kata majikan (ia itu kerajaan yang diwakili oleh YB Menteri, pegawai di KPM, JPN, PPG, pengurusan sekolah). Oleh itu, saya menasihatkan, kalau guru merasa was-was dalam melakukan sesuatu program / aktiviti, sila bincang dengan PK / GK atau saya sendiri untuk mendapat pendapat kedua. Saya masih percaya bahawa banyak lagi perkara dan cara yang boleh dan tidak mengundang kontroversi.-- Terima kasih.HJ RAMBLI ZAINUDIN

Saturday, October 18, 2008

DERITA GURAUAN RAKAN

Derita gurauan rakan Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Hadzlihady Hassanhttp://sg.mc762.mail.yahoo.com/mc/compose?to=am@hmetro.com.my
AMPANG JAYA: 'Gurauan dajal' rakan sekelas yang sengaja menarik kerusi yang hendak diduduki seorang pelajar perempuan tingkatan satu menyebabkan remaja itu menanggung sengsara selepas terjatuh ke lantai bilik darjah, sekali gus menyebabkan kecederaan serius pada pinggang dan tulang belakangnya. Akibat kejadian itu, Zaiton Mohamed Ibune, 12, kini tidak dapat mengawal saluran kencing menyebabkan dia sentiasa membuang air kecil, sejak sebulan lalu. Lebih malang apabila mangsa kini terpaksa bergantung kepada lampin pakai buang setiap hari akibat masalah membuang air kecil berkenaan yang berlaku tanpa mengira masa.Dalam kejadian 26 Ogos lalu, Zaiton yang baru selesai bersolat di surau sekolah, pulang ke kelasnya kira-kira jam 5.30 petang untuk menyambung pembelajaran. Dia kemudian terus ke meja dan ketika hendak duduk di kerusi, seorang pelajar lelaki yang juga rakan sekelasnya menarik kerusi untuk bergurau. Akibatnya, mangsa jatuh terlentang di atas lantai sebelum terbaring sambil mengerang menahan kesakitan di pinggang. Mangsa cuba bangun, namun gagal disebabkan kesakitan di pinggangnya sebelum kejadian itu dimaklumkan kepada seorang guru.Ketika ditemui di sini semalam, Zaiton berkata, sejurus selepas kejadian, gurunya menghubungi ambulans yang datang mengambil dan membawanya ke Hospital Ampang untuk pemeriksaan. "Saya dibawa ke wad kecemasan dan diperiksa seorang doktor yang memberitahu saya tidak cedera. Doktor kemudian membenarkan saya pulang," katanya ketika ditemui, semalam.Namun, selepas tiga hari, Zaiton berkata, dia sakit di bahagian pinggang sebelum dibawa ke klinik berhampiran oleh ibunya untuk menjalani pemeriksaan. Doktor di klinik berkenaan kemudian memberikannya sepucuk surat dan menyuruhnya ke Hospital Ampang untuk menjalani pemeriksaan X-Ray. Selepas menjalani imbasan X-Ray di hospital, Zaiton berkata dia membawa keputusan ujian pemeriksaan terbabit dan menyerahkannya kepada doktor di klinik. Menurutnya, dia terkejut apabila dimaklumkan doktor di klinik itu, ada darah beku di bahagaian pinggangnya."Saya memaklumkan kepada guru sebelum pihak sekolah mengeluarkan satu surat untuk mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL)," katanya.Sejak itu, Zaiton berkata dia terpaksa menanggung derita apabila air kencingnya keluar tanpa henti menyebabkan dia tidak dapat ke sekolah dan terpaksa menggunakan lampin pakai buang sampai sekarang. Sementara itu, abang mangsa, Abbas Ali, 27, berkata dia ada menghubungi keluarga pelajar lelaki yang menarik kerusi adiknya itu untuk mengadakan perbincangan. Namun, katanya, dia kesal kerana ibu pelajar itu hanya mengakui anaknya memang nakal, tetapi enggan bertemu. "Selain itu, saya memberitahu pihak sekolah dan meminta mengatur pertemuan dengan keluarga pelajar terbabit, namun mereka seolah-olah mengelak," katanya. Mangsa yang tidak puas hati kemudian membuat laporan di Balai Polis Ampang.
Kata Pengetua: Perkara begini boleh berlaku dalam kelas. Sebagai guru, tanggungjawab berjaga-jaga kita ialah untuk sering mengingatkan pelajar. Kisah sebenar begini boleh menjadi contoh teladan - bila kes masuk mahkamah, ianya boleh melibatkan ganti rugi. Sering, ganti rugi diminta adalah tinggi.-- Terima kasih.HJ RAMBLI ZAINUDIN

the teacher is the school teacher

NST: 2008/10/05
PAST PRESENT: 'The teacher is the school and the school the teacher' - R.P.S. Walker (ex-principal KE VII School)By : A. Kathirasen ASK any teacher what pleases him or her most and almost invariably the answer would be: to see my students succeed. Understandable, as they can take pride in having had a hand, however small, in that success.
Experience has taught me that what pleases them equally, if not more, is being appreciated. It is a warm, heavenly feeling, and I know it.Some 20 years ago, I was walking along Lebuh Pitt in Penang when I heard someone call out, "Sir". I spun around and saw a young man in police uniform smiling broadly. Seeing the quizzical look on my face as he vigorously shook my hand, he asked: "Can't remember me ah, Sir?" I shook my head. "You taught me English at the free tuition classes conducted by a youth organisation at the YMHA school in Taiping. Thank you, Sir, I learned a lot from you," he said.
And those words, I tell you, were worth the hours and effort I had spent with those Form 3 and Form 5 students from poor families. Money cannot buy that feeling.Since then, over the years, I have met some students whom I had taught in similar free tuition classes in Prai and Glugor, Penang. I still remember the way I was "recruited" to teach pupils in Glugor in the early eighties by Kalidas, who now stays in Seberang Jaya, Penang. Kalidas was an office boy at the Moh Gee Chinese primary school in Jelutong. Although he earned little, his heart was bigger than that of many who earned thousands. And that is what attracted me to him. He had undertaken it upon himself to run free tuition classes for poor pupils of all races. One day, he invited me to visit his classes and then asked if I could help teach. There was no way I could refuse a request from someone who, instead of spending the time and energy earning extra money for his family, was helping give poor children a lift in life. Kalidas, for me, is a symbol of dedication. Untrained, yes. But all heart. He had passion, which, we are now increasingly being told, is sorely lacking in today's crop of teachers. The general sentiment is that most teachers lack dedication and that this is so, in large part, due to an uninspiring education system and an insipid bureaucracy.I have been lucky to have had some excellent teachers at King Edward VII School, both primary and secondary. To say that they taught me would not do justice to their passion. They did what a teacher should rightly do: they inspired a desire for learning. This is where, I think, most of today's educators fail. Of course, the school curriculum in those days was more wholesome.I am a journalist today largely because of two of my teachers, Ms Leow Kam Fong and Ms Raja Mahtra Kamaralzaman, who inspired me to continuously read and learn; recognising something in me or my writing, they urged me to consider journalism as a career. I will always be grateful to them. Raja Mahtra has passed on and Ms Leow is in Australia.Carl Jung said it well: "One looks back with appreciation to the brilliant teachers, but with gratitude to those who touched our human feelings."Earlier this year, at the suggestion of my friend Kah Huat, I travelled down to Taiping to meet two of my former teachers, Mr Lim Eng Keat and Mr Francis Ho. Mr Lim taught me Science for several years while Mr Ho taught me Economics in Form Six. I had not seen them since I left school and it was such a joy, sitting there at the Chinese Recreation Club, sipping tea and sharing stories. I have also had the good fortune of meeting up with Haji Razak Osman, my former art teacher, early this year. The years have not robbed him of his jollity nor his wit. Two weeks ago, I joined him as he broke fast for Ramadan. It was a warm feeling.We can only gain by making our teachers, especially those who have had an impact on us, feel appreciated. And today is a good day to show appreciation for our teachers, because it is World Teachers Day. Go ahead, phone your teacher.

Thursday, October 16, 2008

guru wanita dakwa ditendang pelajar perempuan-berita harian

Guru wanita dakwa ditendang pelajar perempuan

KANGAR: Seorang guru wanita mendakwa ditendang di perut oleh seorang pelajar perempuan Tingkatan Dua ketika dia sedang mengajar di sekolahnya di sini, hari ini. Azhana Ibrahim berkata, beliau diserang pelajar itu kira-kira jam 10 pagi berikutan tindakannya cuba mendapatkan penjelasan daripada pelajar itu tentang perkataan 'gila babi' yang tertulis di belakang satu folio yang diarahkannya. Pelajar itu bersama seorang lagi pelajar perempuan yang menemui guru itu memanggil rakan mereka selepas berlaku pertengkaran dengan guru itu.

Ketika semakin ramai rakan pelajar itu datang, guru berkenaan ditendang sebelum lari menyelamatkan diri. Guru itu kemudiannya membuat laporan polis di balai polis Kangar selepas waktu persekolahan pada tengah hari kerana bimbang diancam pelajar itu. Beliau yang sudah lima tahun berkhidmat sebagai guru berkata, insiden itu adalah yang pertama ditempuhinya sepanjang perkhidmatannya.
Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Yusof Mohd Diah mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Sekolah itu mendapat perhatian ramai baru-baru ini apabila beberapa pelajar Islamnya terbabit mengiringi perarakan berhala sempena perayaan tokong sayur Buddha, di sini. - Bernama