Masalah guru enggan dipindah selesai
Kementerian ambil pendekatan hantar pelatih tamat pengajian ke kawasan pedalaman
MIRI: Masalah keengganan guru dipindah bertugas ke kawasan lain terutamanya di sekolah-sekolah luar bandar kini telahpun diselesaikan secara pragmatik melalui pendekatan baru yang diper-kenalkan oleh Kementerian Pelajaran Negeri.
Presiden Kesatuan Guru-Guru Sarawak (STU) William Ghani Bina berkata, masalah tersebut telah dikaji selaras dengan perkembangan pen-didikan dan bakal guru baru yang menamatkan pengajian di institut pengajian tinggi mahupun maktab perguruan akan dihantar ke kawasan pe-dalaman. “Sebelum ini isu keengganan guru dipindahkan ke kawasan luar bandar me-rupakan satu masalah lama dalam profesion perguruan.
“Namun begitu, masalah ini telahpun diselesaikan se-cara bijak di mana pihak kementerian telah bersetuju akan menghantar guru-guru terlatih yang baru ke sekolah-sekolah di kawasan pedalaman bagi mengisi jawatan tersebut khususnya bagi subjek kritikal seperti Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik,” kata William ketika dihubungi Utusan Borneo dari sini semalam.
Beliau menambah kata dengan menghantar guru-guru baru ini, ia akan memberi pengalaman kepada mereka untuk berkhidmat di sekolah-sekolah luar bandar sekali gus memberikan nafas baru dalam bidang perguruan. Dita-nya sama ada seorang guru ha-rus memilih tempat untuk bertugas, William berkata, ia tidak harus ditimbulkan jika seorang guru benar-benar ikhlas menjalankan tang-gungjawabnya.
“Mereka tidak seharusnya mengambil kira di mana mereka akan ditugaskan dan ti-dak boleh mementingkan diri sendiri kerana tugas seorang guru adalah mendidik serta memberi ilmu kepada pelajar tidak kira di mana mereka ber-tugas,” katanya lagi.
Dalam perkembangan berkaitan William turut menjelaskan mengenai isu pertukaran guru ini tidak akan memberi sebarang im-pak kepada pelajar sekolah terutamanya dari segi ilmu se-baliknya melalui pendekatan baru ini, beliau yakin para pelajar di sekolah-sekolah luar bandar akan dapat menikmati kemudahan pendidikan secara menyeluruh.

No comments:
Post a Comment