Sunday, August 24, 2008

Kebakaran, Penjaga Gol dan Seorang Bayi

Kebakaran, Penjaga Gol dan Seorang Bayi

by: muhddamine
Kebakaran berlaku di tingkat 8 sebuah pangsapuri di sebuah kota. Seluruh penghuni lari menyelamatkan diri. Dalam pada itu, pasukan bomba dan penyelamat sibuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap. Walaupun kawasan itu dikawal rapi, namun orang ramai tetap berasak-asak untuk menyaksikan kejadian itu.
Seorang penjaga gol pasukan bola sepak kebangsaan berada di situ. Seorang ibu mengadu yang bayinya terperangkap di salah sebuah bilik di tingkat 8. Dengan kecekapan yang ada, ahli bomba dan penyelamat berjaya mendapatkan bayi tersbut yang terletak di tingkat 8. Oleh kerana banyak lagi kerja yang perlu dijalankan, anggota yang berada di skylift cuba mencampak bayi itu ke bawah dengan harapan ada yang menyambutnya. Hadirin memberi kepercayaan kepada penjaga gol untuk menyambut bayi tersebut. Hadirin memberi semangat.
Merasakan dirinya tengah beraksi dalam sebuah perlawanan bola sepak kebangsaan, penjaga gol itu dengan penuh semangat cuba menyambut bayi itu. Dengan ketangkasannya dia berjaya menangkap bayi tersebut. Hadirin bertepuk tangan. Seperti biasa dalam perlawanan bola sepak, setelah berjaya menyelamatkan gol, dia akan terus menendang semula bola itu. Bayi itu menerima nasib seperti bola.
Apkah nilai-nilai murni yang terdapat dalam cerita di atas?

No comments: