Saturday, October 18, 2008

DERITA GURAUAN RAKAN

Derita gurauan rakan Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Hadzlihady Hassanhttp://sg.mc762.mail.yahoo.com/mc/compose?to=am@hmetro.com.my
AMPANG JAYA: 'Gurauan dajal' rakan sekelas yang sengaja menarik kerusi yang hendak diduduki seorang pelajar perempuan tingkatan satu menyebabkan remaja itu menanggung sengsara selepas terjatuh ke lantai bilik darjah, sekali gus menyebabkan kecederaan serius pada pinggang dan tulang belakangnya. Akibat kejadian itu, Zaiton Mohamed Ibune, 12, kini tidak dapat mengawal saluran kencing menyebabkan dia sentiasa membuang air kecil, sejak sebulan lalu. Lebih malang apabila mangsa kini terpaksa bergantung kepada lampin pakai buang setiap hari akibat masalah membuang air kecil berkenaan yang berlaku tanpa mengira masa.Dalam kejadian 26 Ogos lalu, Zaiton yang baru selesai bersolat di surau sekolah, pulang ke kelasnya kira-kira jam 5.30 petang untuk menyambung pembelajaran. Dia kemudian terus ke meja dan ketika hendak duduk di kerusi, seorang pelajar lelaki yang juga rakan sekelasnya menarik kerusi untuk bergurau. Akibatnya, mangsa jatuh terlentang di atas lantai sebelum terbaring sambil mengerang menahan kesakitan di pinggang. Mangsa cuba bangun, namun gagal disebabkan kesakitan di pinggangnya sebelum kejadian itu dimaklumkan kepada seorang guru.Ketika ditemui di sini semalam, Zaiton berkata, sejurus selepas kejadian, gurunya menghubungi ambulans yang datang mengambil dan membawanya ke Hospital Ampang untuk pemeriksaan. "Saya dibawa ke wad kecemasan dan diperiksa seorang doktor yang memberitahu saya tidak cedera. Doktor kemudian membenarkan saya pulang," katanya ketika ditemui, semalam.Namun, selepas tiga hari, Zaiton berkata, dia sakit di bahagian pinggang sebelum dibawa ke klinik berhampiran oleh ibunya untuk menjalani pemeriksaan. Doktor di klinik berkenaan kemudian memberikannya sepucuk surat dan menyuruhnya ke Hospital Ampang untuk menjalani pemeriksaan X-Ray. Selepas menjalani imbasan X-Ray di hospital, Zaiton berkata dia membawa keputusan ujian pemeriksaan terbabit dan menyerahkannya kepada doktor di klinik. Menurutnya, dia terkejut apabila dimaklumkan doktor di klinik itu, ada darah beku di bahagaian pinggangnya."Saya memaklumkan kepada guru sebelum pihak sekolah mengeluarkan satu surat untuk mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL)," katanya.Sejak itu, Zaiton berkata dia terpaksa menanggung derita apabila air kencingnya keluar tanpa henti menyebabkan dia tidak dapat ke sekolah dan terpaksa menggunakan lampin pakai buang sampai sekarang. Sementara itu, abang mangsa, Abbas Ali, 27, berkata dia ada menghubungi keluarga pelajar lelaki yang menarik kerusi adiknya itu untuk mengadakan perbincangan. Namun, katanya, dia kesal kerana ibu pelajar itu hanya mengakui anaknya memang nakal, tetapi enggan bertemu. "Selain itu, saya memberitahu pihak sekolah dan meminta mengatur pertemuan dengan keluarga pelajar terbabit, namun mereka seolah-olah mengelak," katanya. Mangsa yang tidak puas hati kemudian membuat laporan di Balai Polis Ampang.
Kata Pengetua: Perkara begini boleh berlaku dalam kelas. Sebagai guru, tanggungjawab berjaga-jaga kita ialah untuk sering mengingatkan pelajar. Kisah sebenar begini boleh menjadi contoh teladan - bila kes masuk mahkamah, ianya boleh melibatkan ganti rugi. Sering, ganti rugi diminta adalah tinggi.-- Terima kasih.HJ RAMBLI ZAINUDIN

No comments: